Selamat Datang ke Perkhidmatan Online (ePerkhidmatan)
BAHAGIAN PEMBANGUNAN PERAKAUNAN DAN PENGURUSAN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

 
URUSAN PEMANGKUAN AKAUNTAN MELALUI KELULUSAN BADAN IKHTISAS
 
ARAHAN PERMOHONAN
 
Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia sedang dalam urusan pemangkuan Akauntan melalui Badan Ikhtisas. Syarat-syarat pemangkuan mengikut Skim Perkhidmatan Perakaunan adalah seperti berikut:-
     
 
a)
Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia (MIA);
 
b)
Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas yang diiktiraf oleh Kerajaan;
 
c)
Mencapai markah wajaran LNPT bagi tiga (3) tahun terkini tidak kurang 80%;
 
d)
Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - salinan hendaklah disertakan bersama-sama permohonan;
 
e)
Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa (salinan disertakan);
 
f)
Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan (sertakan salinan penyata terkini pinjaman pendidikan bagi pegawai yang masih belum melunaskan pinjaman;
 
g)
Bebas daripada tindakan dan hukuman tatatertib; dan
 
h)
Diperaku oleh Ketua Jabatan.
     
Permohonan hendaklah menggunakan borang yang dicetak hanya melalui ePerkhidmatan di portal JANM. Untuk makluman, tuan/puan semua pegawai yang layak boleh memohon untuk urusan pemangkuan ini. Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun. Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :
     
 
a)
Satu (1) salinan borang permohonan cetakan online (e-Borang JANM/B1);
 
b)
Salinan Sijil Ahli Penuh Badan Ikhtisas;
 
c)
Kelulusan Perisytiharan Harta yang terkini (dalam tempoh 5 tahun);
 
d)
Salinan Akuan Pinjaman Pendidikan;
 
d)
Surat Keputusan Tapisan Keutuhan SPRM (terkini);
 
e)
Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terkini (2015, 2016 dan 2017) yang telah disahkan;
     
 
Permohonan berserta dokumen-dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Jabatan ini di alamat :

                        Pengarah
                        Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
                        Jabatan Akauntan Negara Malaysia
                        Aras 7, No.1, Kompleks Kementerian Kewangan
                        Persiaran Perdana, Presint 2
                        62594 W.P.PUTRAJAYA
                        (u.p : Urusetia Kenaikan Pangkat)

 
Sebarang pertanyaan berhubung urusan pemangkuan ini boleh dikemukakan terus kepada urusetia berikut :-
 

Bil

Urusan

No. Telefon

e-mail Jabatan

1.

Urusetia Kenaikan Pangkat

03-8882 1037 / 1098

naszeri@anm.gov.my / fariza@anm.gov.my

2.

Pentadbir sistem

03-8882 1308 / 1057

baizurah@anm.gov.my / anissa.yusof@anm.gov.my

 
Paparan dan cetakan terbaik adalah menggunakan pelayar versi Google Chrome
BORANG PERMOHONAN - eBORANG JANM/B1
No.Kad Pengenalan:
(numberic sahaja tanpa dash)
 
 
CETAKAN eBORANG JANM/B1
No.Kad Pengenalan:
(numberic sahaja tanpa dash)