Pelaksanaan Sistem Bless (Online) Bagi Permohonan Baharu Dan Pembaharuan Kelulusan Juruaudit Dan Penyelesai Syarikat

 

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan melaksanakan perkhidmatan secara elektronik bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam dengan lebih berkesan. Sehubungan itu, JANM akan melaksanakan permohonan kelulusan baharu dan kelulusan pembaharuan  juruaudit dan penyelesai syarikat secara atas talian (Online) mulai 2 Februari 2016. Sistem permohonan ini dikenali sebagai Business Licensing Electronic Support System (BLESS) dan boleh diakses melalui http://open.bless.gov.my/.

 

Oleh itu, semua permohonan pembaharuan kelulusan juruaudit dan penyelesai syarikat secara manual menggunakan Borang B hanya akan diterima oleh Unit Kemajuan Profesion, JANM sehingga 15 Januari 2016 jam 12.00 tengah hari manakala permohonan baharu kelulusan juruaudit dan penyelesai syarikat diterima sehingga 10 Januari 2016. Permohonan selepas tarikh yang dinyatakan tidak akan diterima oleh Unit Kemajuan Profesion, JANM  dan hendaklah diisi secara online mulai 2 Februari 2016.

 

Sebarang pertanyaan berhubung urusan kelulusan juruaudit dan penyelesai syarikat boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut :-

 

Bil.

Nama Pegawai

No. Telefon

e-mail Jabatan
@]anm[dot]gov[dot]my

1.

Encik Badrul Hisam Bin Ismail

03-88821118

badrul.ismail[@]anm[dot]gov[dot]my

2.

Encik Mohamad Saiful Nizam Khan B. Abdul Sattar

03-88821172

snizam.sattar[@]anm[dot]gov[dot]my

3.

Puan Azlin Binti Md Isa

03-88821195 / 1866

azlinisa[@]anm[dot]gov[dot]my

4.

Cik Nurul Farhanis Bt Mior

03-88821053

nfarhanis.mior[@]anm[dot]gov[dot]my

5.

Cik Siti Norazura Bt Ahmad

03-88821043

sitinorazura.ahmad[@]anm[dot]gov[dot]my

image