PENYAMPAIAN CENDERAHATI

PENYAMPAIAN CENDERAHATI KELAB KESAN, BINTULU 04/11/2015

SAMBUTAN HARIJADI 06/09/2013

SAMBUTAN HARIJADI 06/09/2013
Kelab KESAN, JANM Cawangan Bintulu, telah mengadakan sambutan harijadi kakitangan yang lahir dari bulan Mei sehingga Ogos. Kakitangan yang diraikan adalh Pn.Hafiza Sauni, Pn Inshirah Nadia Binti Ab Jalil, En Abg Abd Mohd Rizal Bin Abg Junaidi, En Jimmy Anak Gerunsin, Pn. Dyg Renney Binti Abg Buang dan Cik Ho Hui Chin.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2013

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2013
Kelab KESAN JANM Cawangan Bintulu, telah mengadakan jamuan Aidilfitri pada 6 September 2013 @ 30 Syawal 1434H.

TEN-PIN BOWLING- MIRI @ 01/09/2013

TEN-PIN BOWLING- MIRI @ 01/09/2013
Kelab KESAN Bintulu telah menyertai kejohanan Ten-Pin bowling pelbagai Jabatan kerajaan dan Swasta di Miri pada 1 September 2013. Kelab KESAN Bintulu telah menghantar 4 pasukan semasa kejohanan tersebut berlangsung.

MAJLIS PERPISAHAN PN.NANCY & PN. ADZWEEN

MAJLIS PERPISAHAN PN.NANCY & PN. ADZWEEN
Majlis Makan Malam Perpisahan Pn. Nancy Anak Geli dan Pn Adzween Fitry Binti Mohamad Mayling telah diadakan di Kemena Hotel Plaza Bintulu pada 18 Mei 2013 (Sabtu). Majlis diadakan oleh AJK Kebajikan & Keraian Kelab KESAN Bintulu bagi menghargai jasa yang telah dicurahkan mereka selama ini. Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Kelab KESAN selaku Pengarah Cawangan JANM Cawangan Bintulu Cik Nur Asyikin Binti Azis. Pada majlis tersebut, turut diadakan sambutan hari ibu bagi mengenang jasa ibu-ibu di JANM Cawangan Bintulu. Pn Adzween Fitry Binti Mohamad Mayling tidak dapat menghadiri majlis diwaklili oleh Pn Hafiza Binti Sauni kerana beliau menghadiri Peperiksaan Penolong Juruaudit.

SAMBUTAN HARI LAHIR @ 05/04/2013

SAMBUTAN HARI LAHIR @ 05/04/2013
Sambutan Hari Lahir Kakitangan [Lahir diantara bulan Januari-April].

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA JARING & BADMINTON

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA JARING & BADMINTON
Jabatan Imigresen Bahagian Bintulu telah menganjurkan Perlawanan Persahabatan dengan JANM Cawangan Bintulu pada 22 Februari 2013 bertempat di perkarangan Pejabat Imigresen Bahagian Bintulu. Perlawanan turut disaksikan oleh Penguasa Imigresen Bahagian Bintulu En. Saberi Bin Haji Babil dan Pengarah Cawangan JANM Bintulu Cik Nur Asyikin Binti Azis.
Keputusan Perlawanan adalah seperti berikut:

Bola Jaring Wanita :
  • Jabatan Imigresen Bintulu (21) JANM Caw. Bintulu

Bola Tampar Lelaki :
  • Jabatan Imigresen Bintulu (25) JANM Caw. Bintulu (22)
  • Jabatan Imigresen Bintulu (16) JANM Caw. Bintulu (14)

Bola Tampar Wanita:
  • Jabatan Imigresen Bintulu (5) JANM Caw. Bintulu
  • Jabatan Imigresen Bintulu (5) JANM Caw. Bintulu

BADMINTON KASTAM VS JANM

BADMINTON KASTAM VS JANM

SAMBUTAN HARIJADI @ 14/12/2012

SAMBUTAN HARIJADI @ 14/12/2012
Sambutan Harijadi bagi Ahli-ahli KESAN Bintulu telah diadakan pada 14 Disember 2012 bertempat di JANM Cawangan Bintulu. Sambutan serentak tersebut adalah khas untuk kakitangan yang lahir dari bulan Oktober sehingga bulan Disember. Antara yang diraikan pada Majlis tersebut ialah Cik Nur Asyikin Binti Azis, Cik Josephine Ukal, Cik Jenny Lau Lee Yee & Puan Rossila Ak Adris.

TEN-PIN BOWLING TERBUKA

TEN-PIN BOWLING TERBUKA
Pada 9 Disember 2012, Kelab KESAN Bintulu telah menyertai kejohanan Ten-Pin Boling Terbuka Piala Pusingan Pengarah JANM Miri 2012 bertempat di Megalanes East, Bintang Plaza, Miri. Kelab KESAN Bintulu diwakili En Abg Abd Mohd Rizal Bin Abg Junaidi, En Azaman Bin Rani, En. Mohamad Zulqanine Bin Mohamad Udin, Pn. Norazean Binti Iman, En Hartono Binti Dahlan & Puan Marni Binti Manang.

BADMINTON @ B&G 27/11/2012

MAJLIS PERPISAHAN PN. NUR AFFNIYANA BINTI WAD

MAJLIS PERPISAHAN PN. NUR AFFNIYANA BINTI WAD

Pn. Nur Affniyana Bte Wad, Pembantu Akauntan W17, berkhidmat di Unit Naziran & Perundingan telah diluluskan pertukaran ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Sandakan, Sabah. Satu majlis perpisahan yang ringkas telah diadakan pada 22/11/2012 (Khamis) bertempat di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Bintulu.

Beliau telah berkhidmat di Unit Semakan sebelum ditukarkan ke Unit Naziran & Perundingan. Sepanjang beliau berkhidmat di JANM Cawangan Bintulu, beliau amat aktif dalam persatuan seperti mengikuti aktiviti-aktiviti KESAN dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan.

Sumbangan dan jasa beliau amatlah dihargai, semoga karier beliau semakin berkembang apabila berkhidmat di tempat yang baru nanti. Terima kasih puan Nur Affniyana Bte Wad, Jasamu tidak akan kami lupakan.

BADMINTON @ B&G 7/11,13/11,20/11/2012

BADMINTON @  B&G 7/11,13/11,20/11/2012

JOGGING @ TG.BATU 31/10/2012

JOGGING @ TG.BATU 31/10/2012

LAWATAN KESAN @ PN.NOORAFIZA BINTI. SUHAI & BABY

LAWATAN KESAN (KES KEBAKARAN RUMAH) 30/10/2012

MAJLIS MAKAN MALAM KESAN 2012

MAJLIS MAKAN MALAM KESAN 2012

Kelab Sukan & Rekreasi Jabatan Akauntan Negara (KESAN) Cawangan Bintulu telah mengadakan Majlis Makan Malam 2012 bertempat di Park City Everly Hotel pada 13 Oktober 2012.

Pada majlis tersebut yang dihadiri oleh Pengarah Cawangan selaku pengerusi Kelab KESAN Bintulu telah menyampaikan penghargaan kepada kakitangan yang berkhidmat melebihi 10 tahun di JANM Cawangan Bintulu. Pengarah Cawangan juga menyampaikan sumbangan kepada anak-anak kakitangan yang cemerlang pada peperiksaan UPSR 2011. Beliau juga menyampaikan sumbangan dari ahli-ahli KESAN Bintulu kepada ahli KESAN yang telah kehilangan keluarga baru-baru ini.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti , "Musical Chair" membawa belon tanpa tangan, membaling bola ping-pong ke dalam cawan dan "win loses draw" Juara keseluruhan dimenangi meja No. 2 (Pn. Agnes Jock), Tempat Kedua, dimenangi meja no.4 (En. Zul) & tempat ketiga dimenangi meja no. 3 (Pn. Laila).

image