Pada 14 Julai 2014(Isnin), Satu sesi lawatan kerja dan Majlis Perjumpaan Pengarah Jabatan Akautan Negara Malaysia JANM Negeri Sarawak yang baharu, Encik Abd Hassan Bin Mohmad bersama kakitangan JANM Cawangan Kapit telah diadakan.

 

Lawatan ini bertujuan untuk memantau dan mengenali JANM Cawangan Kapit oleh pengarah JANM Negeri Sarawak dan Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan) Puan Susie Anak Ambin dengan lebih mendalam dan mengenali semua kakitangan JANM Cawangan Kapit serta memberi tunjuk ajar/ tindakan penambahbaikan pengurusan dan operasi JANM Cawangan Kapit ke arah pejabat perakaunan yang cemerlang khususnya dalam perkhidmatan kewangan dan Akaun Kerajaan.

 

Encik Abd Hassan Bin Mohmad bukanlah pegawai yang asing dengan JANM cawangan Kapit kerena beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Cawangan JANM Kapit pada 01 November 1989 hingga 01 April 1993 dan merupakan pegawai terlibat secara langsung semasa perpindahan JANM Cawangan Kapit dari Kawasan Rumah kedai sewaan ke bangunan baharu sekarang iaitu Wisma Persekutuan Kapit.

 

Majlis perjumpaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan Kapit dan dihadiri oleh semua kakitangan JANM Cawangan Kapit. Taklimat ringkas mengenai latar belakang / sejarah JANM Cawangan Kapit, maklumat operasi, pencapaian JANM cawangan Kapit, pembentangan "Key Performance Indicator" (KPI) bagi setengah tahun iaitu Januari - Jun 2014, aktiviti-aktiviti Kelab Kebajikan & Sukan JANM Cawangan Kapit, penyampaian sijil kepada ahli Jawatankuasa penyediaan Video Korporat dan Pekerja Contoh bagi suku tahun kedua (April-Jun 2014) telah diadakan.

 

Dalam ucapan beliau, beliau memaklumkan bahawa amat kagum pencapaian JANM Cawangan Kapit dan diminta supaya diteruskan lagi. Lawatan kerja ini diteruskan dengan lawatan ke setiap unit dan ditamatkn dengan bergambar secara berkumpulan bersama Pengarah JANM Negeri Sarawak.test1

image