Satu lawatan kerja rasmi ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Kapit dan majlis perjumpaan dengan anggota perakaunan bahagian Kapit oleh Yang Berbahagia Dato' Hawazain Binti Shaari, Timbalan Akauntan Negara (Operasi) telah diadakan pada 11 Februari 2015.

 

Turut hadir bersama adalah Yang Berusaha Puan Nik Hapsah Binti Nik Hassan, Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP), Encik Abd Hassan Bin Mohamad, Pengarah JANM Negeri Sarawak, Puan Samsiah Binti Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Operasi dan Pejabat Perakaunan (BPOPP), dan Encik Fedrick Gupong Anak Tawan, Pengarah JANM Cawangan Sibu.

 

Majlis perjumpaan dengan anggota perakaunan bahagian Kapit telah diadakan di bilik pelagus, Hotel Meligai Kapit. Tetamu-tetamu kehormat telah diberi taklimat ringkas mengenai JANM Cawangan Kapit seperti pencapaian,pembentangan "Key Performance Indicator", aktiviti amalan 5S, aktiviti Kelab Kebajikan dan Sukan JANM Cawangan Kapit, penyampaian sijil kepada Pekerja Contoh suku tahun ke empat ( Oktober - Disember 2014 ) dan juga sesi soal jawab Yang Berbahagia Dato' bersama Warga JANM Cawangan Kapit. Warga JAM Kapit juga berpeluang untuk beramah mesra bersama pengurusan tertinggi JANM.

 

Dalam ucapan Yang Berbahagia Dato', beliau memaklumkan bahawa beliau berpuas hati dan gembira dengan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh JANM Cawangan Kapit. Lawatan Kerja ini diteruskan dengan lawatan ke Pejabat JANM Cawangan Kapit dan telah berakhir pada 2.30 petang. Rombongan lawatan kera ini telah menaiki bot ekspress pada jam 3.15 petang untuk ke sibu.

 

Lawatan-Tan-o

image