Pada 04/07/2019 hingga 05/07/2019, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Kapit telah mengadakan Bengkel Pelaksanaan dan Pemakaian SPANM Bil. 6 & 7 Tahun 2018 yang bertempat di Dewan Suarah, Kapit.

 

Bengkel tersebut disempurnakan oleh 2 orang penceramah iaitu Encik Nicholas Bujang merupakan Pengarah Cawangan JANM Caw. Kapit dan Timbalan Pengarah JANM Caw. Kapit, Encik Canisius Duki.

 

Bengkel itu telah dihadiri oleh 56 orang peserta di kalangan kakitangan awam dengan jayanya. Ketika bengkel tersebut berlangsung, aktiviti pembentangan secara berkumpulan juga diadakan untuk memudahkan peserta-peserta supaya dapat memahami dengan mudah serta memberi pendedahan berkenaan dengan pelaksanaan dan pemakaian SPANM agar objektif bengkel tersebut dapat dicapai.

 

Sebagai penghias bicara akhir, pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Kapit ingin mengucapkan terima kasih kepada peserta-peserta yang menghadiri bengkel tersebut dan bantuan daripada beberapa urusetia untuk melancarkan bengkel itu selama dua hari.

Untitled 

 

image