Pada 02/10/2019 hingga 03/10/2019, bebesar hati kerana pertama kalinya menerima kunjungan daripada Akauntan Negara Malaysia.

 

Lawatan tersebut diketuai oleh Akauntan Negara Malaysia, Datuk Saat Bin Esa bersama rombongan Pegawai Khas, Encik Osman Bin Mantali dan Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan Dan Pengurusan (BPPP), Encik Jafril Bin Junit.

Lawatan itu diisi dengan aktiviti yang lebih menjurus untuk mendekati kakitangan dengan lebih mesra seperti Majlis Makan Malam bersama Datuk Akauntan Negara yang merupakan anjuran Kelab Sukan Rekreasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Kapit (KESAN). Perjumpaan Bersama Kakitangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Kapit dan Pegawai Perakaunan juga diadakan di Hotel Meligai Kapit untuk pegawai mengutarakan persoalan serta kemusykilan mengenai pelbagai urusan berkaitan dengan perkhidmatan dan sebagainya.

 

Lawatan kerja tersebut diakhiri dengan lawatan ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Kapit.

IMG 0761     IMG 0991     IMG 1010 

IMG 1044    IMG 1083    IMG 1087

image