Sebagai makluman, Perakaunan Pengurusan atau Strategic Management Accounting Reporting (SMARt) akan mula dilaksanakan secara percubaan pada 1 Oktober 2019 sehingga 31 Disember 2020. Tempoh percubaan ini dibuat bagi membolehkan semua Kementerian membuat persediaan yang diperlukan sebelum ia dapat dilaksanakan sepenuhnya di setiap peringkat organisasi. Pelaksanaan sepenuhnya akan dimaklumkan kelak tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa PEMANDU Perakaunan Pengurusan yang akan mengambilkira kemajuan aktiviti pengurusan perubahan, kesediaan maklumat kewangan dan bukan kewangan serta kesediaan sistem.
 
Sebagai persediaan pelaksanaan, latihan sistem MyCost kepada PTJ telah diadakan di JANM Negeri Kelantan dari April sehingga Julai 2019. 
 
Nota latihan boleh dimuat turun dari sini. https://cloud.anm.gov.my/index.php/s/IPZWPGTPZUbB5iI
 
                     
Sebarang pertanyaan mengenai pelaksanaan MyCost boleh dirujuk kepada Unit Pengurusan Prestasi di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau melalui talian telefon 09-7460 215 / 222.
 
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Prestasi
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kelantan
09-7460200 Samb. 215

image