Sambutan Hari Keluarga JANM Cawangan Keningau telah diadakan pada 6hb November 2018 bertempat di Cinnamon River Park Resort, Bandukan, Keningau. Aktiviti yang disertai oleh semua kakitangan JANM Cawangan Keningau bersama-sama ahli keluarga ini diadakan sebagai landasan mengeratkan tali silaturrahim dan saling mengenali antara satu sama lain. Di samping itu juga, ianya bertujuan untuk memberikan ruang kepada warga JANM Cawangan Keningau melakukan riadah bersama keluarga dalam pengisian masa yang terluang.

 

Berbagai aktiviti telah dianjurkan merangkumi semua peringkat umur dan jantina. Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang aktiviti sukaneka, persembahan karaoke dan gotong-royong membersihkan kawasan aktiviti.

image