Kursus Pengurusan Perakaunan Sektor Awam Zon Sabah & Sarawak telah dilaksanakan pada 25 - 26 Mac 2019 bertempat di Bilik Gerakan, SM Ken Hwa, Keningau. Seramai 51 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai JANM Zon Sabah/ Labuan & Sarawak telah terlibat di dalam kursus ini. Penceramah jemputan dari ibupejabat telah dijemput bagi menyampaikan dan berkongsi maklumat berkaitan. 

 

Kursus seumpama ini adalah yang pertama kali dianjurkan oleh JANM Keningau selaku tuan rumah. Simbolik Majlis Malam Budaya pada malam 25 Mac 2019 telah dirancang bagi menyambut kedatangan para peserta di samping memperkenalkan budaya dan makanan tradisional negeri Sabah khususnya daerah-daerah seliaan JANM Keningau iaitu Keningau/Tenom/Nabawan/Tambunan. Pelbagai aktiviti telah diadakan dan penglibatan serta sambutan dari kesemua peserta adalah amat menggalakkan.

 

image