Kepada

Semua Ketua-Ketua Pusat Tanggungjawab

Di bawah Seliaan JANM Negeri Selangor,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Selangor akan menganjurkan Taklimat Penutupan Akhir Tahun 2019 yang bertujuan untuk menerangkan peraturan-peraturan Penutupan Akhir Tahun 2019 yang perlu dipatuhi oleh semua PTJ-PTJ dibawah seliaan JANM Negeri Selangor.

 

2.        Taklimat tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :-

 

            Tarikh            : 05 December 2019 ( Khamis )

            Masa              : 8.00 pagi - 5.00 petang

            Tempat          : Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz (Auditorium)

                                     Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

     Persiaran Sultan, Seksyen 5,

                                     40503 Shah Alam, Selangor.

 

             Aturcara Program  : Seperti dalam Surat di Lampiran A ( https://cloud.anm.gov.my/index.php/s/pksJiHZa4qODrEY )

3.      Kehadiran YBhg. Dato' / Tuan / Puan selaku Ketua PTJ dan seorang    wakil Pegawai Kewangan adalah diwajibkan.  Sila sahkan kehadiran selewat-lewatnya pada 27 November 2019 (Rabu) dengan melengkapkan Borang Pengesahan Kehadiran di pautan berikut :

 

https://forms.gle/4oUXw6jNoDZsYumy5

4.      Untuk makluman YBhg. Dato' / Tuan / Puan, Jabatan ini akan menggunakan sistem imbasan QR Code semasa urusan pendaftaran Taklimat Penutupan Akaun Akhir Tahun 2019.  Pihak YBhg. Dato' / Tuan / Puan dipohon untuk memuat turun aplikasi QR Code reader untuk tujuan kelancaran semasa pendaftaran kelak.

 

5.     Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berikut :-

  1.    Puan Izlin Idayu Binti Musa :  03-55205291 /         Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  2.    Puan Satriatimurni Binti Ab. Rahim  : 03-55205233 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian, terima kasih.

 

Pengarah

JANM Negeri Selangor

image