Adalah dimaklumkan bahawa senarai pencalonan peserta Persidangan MIA 2012 yang akan diadakan pada 27 hingga 28 November 2012 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) daripada Jabatan ini telah diterima oleh penganjur. Seramai 140 orang pegawai JANM telah terpilih untuk menyertai persidangan ini. Sehubungan itu, setiap peserta atau wakil Bahagian hendaklah membuat pra-pendaftaran dan pengambilan kit persidangan pada tarikh, masa dan tempat seperti di dalam memo edaran.

Perbelanjaan yuran menghadiri persidangan ini bagi 130 orang pegawai JANM yang mempunyai keahlian MIA akan ditanggung oleh BPPP, manakala perbelanjaan yuran bagi 10 orang pegawai dari JANM Negeri/Cawangan yang tidak mempunyai keahlian MIA akan ditanggung oleh pejabat masing-masing.

Sila klik di sini untuk muat turun:

1) Memo edaran dan senarai peserta
2) MIA Conference Fact Sheet

image