Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa Jabatan ini untuk mengemukakan pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) serta Kumpulan Pelaksana untuk memohon kemudahan penajaan Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa bagi mengikuti pengajian peringkat Sarjana Muda, Sarjana, dan Ph.D.


Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara atas talian di portal JPA mulai 5 November 2012 hingga 23 November 2012.


Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar bersama-sama dokumen sokongan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 26 November 2012 (Isnin). Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.


Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi pegawai berikut:

i) Puan Zaida Azian binti Shafiei - 03-88821035 / zaida[@]anm[dot]gov[dot]my
ii) Cik Nurul Hafizah binti Sulong - 03-88821188 / nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my

Klik di sini untuk muat turun surat edaran JPA.
Klik di sini untuk permohonan atas talian.

image