Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Penolong Akauntan Gred W27 dan Pembantu Akauntan Gred W17.


Maklumat Kursus Siri 5 bagi Penolong Akauntan W27 dan Siri 6 bagi Pembantu Akauntan Gred W17 pada tahun ini adalah seperti berikut:


Kursus : Perakaunan Akaun Amanah, Deposit, & Panjar
Tarikh : 19 hingga 22 November 2012
Tempat : IPN, Sabak Bernam
Kuota : i) 25 orang Penolong Akauntan Gred W27
ii) 25 orang Pembantu Akauntan Gred W17

Sehubungan itu, permohonan adalah dipelawa daripada Penolong Akauntan Gred W27 dan Pembantu Akauntan Gred W17 yang berminat untuk menyertai kursus ini dengan mengisi borang permohonan yang disertakan. Borang yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (Unit Kerjaya), BPPP melalui faks 03-88821055 atau emel nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my / siti.paiman[@]anm[dot]gov[dot]my selewat-lewatnya sebelum atau pada 5 November 2012 (Isnin). Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi:


1) Cik Nurul Hafizah binti Sulong 03-88821188
2) Cik Siti Hajar binti Paiman 03-88821054


Sila klik di sini untuk muat turun:
i) Borang kursus Penolong Akauntan Gred W27
ii) Borang kursus Pembantu Akauntan Gred W17

image