Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa Jabatan ini untuk mengemukakan pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk memohon kemudahan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) sesi 2012/2013 bagi mengikuti pengajian di peringkat Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana dan Ph.D secara separuh masa.


Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan HLPSB secara atas talian di portal JPA mulai 14 September 2012 hingga 12 Oktober 2012.


Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar bersama-sama dokumen sokongan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 12 Oktober 2012 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.


Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi pegawai berikut:


i) Puan Zaida Azian binti Shafiei - 03-88821035 / zaida[@]anm[dot]gov[dot]my
ii) Cik Nurul Hafizah binti Sulong - 03-88821188 / nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my


Klik di sini untuk muat turun surat edaran JPA.
Klik di sini untuk permohonan atas talian.

image