Sukacita dimaklumkan bahawa pegawai-pegawai Kumpulan Pelaksana yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama adalah dipelawa untuk memohon kemudahan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bagi Sesi Pengajian 2012/2013. Untuk pengajian sepenuh masa, penajaan yang ditawarkan adalah Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) dan PBU, manakala bagi pengajian separuh masa, hanya PBU yang ditawarkan.


Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan PBU secara atas talian di portal JPA mulai 14 September 2012 hingga 12 Oktober 2012.


Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dihantar bersama-sama dokumen sokongan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 12 Oktober 2012 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.


Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi pegawai berikut:


i) Puan Zaida Azian binti Shafiei - 03-88821035 / zaida[@]anm[dot]gov[dot]my
ii) Cik Nurul Hafizah binti Sulong -  03-88821188 / nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my


Klik di sini untuk muat turun surat edaran JPA.
Klik di sini untuk permohonan atas talian.

image