Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Penolong Akauntan Gred W27.


Maklumat Kursus Siri 3 dan Siri 4 bagi Penolong Akauntan Gred W27 pada tahun ini adalah seperti berikut:


Siri 3
Kursus : Perakaunan Terimaan / Hasil Kerajaan
Tarikh : 1 Oktober 2012 hingga 3 Oktober 2012
Tempat : IPN, Sabak Bernam
Bilangan peserta : 25 orang sahaja
Tarikh tutup permohonan : 21 September 2012


Siri 4
Kursus : Penyesuaian Bank
Tarikh : 16 Oktober 2012 hingga 17 Oktober 2012
Tempat : IPN, Sabak Bernam
Bilangan peserta : 25 orang sahaja
Tarikh tutup permohonan : 1 Oktober 2012


Sehubungan itu, permohonan adalah dipelawa daripada Penolong Akauntan Gred W27 yang berminat untuk menyertai kursus ini dengan mengisi borang permohonan yang disertakan. Borang yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (Unit Kerjaya), BPPP melalui faks 03-88821055 atau emel nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my / siti.paiman[@]anm[dot]gov[dot]my. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi:


1) Cik Nurul Hafizah binti Sulong 03-88821188
2) Cik Siti Hajar binti Paiman 03-88821054


Sila klik untuk borang permohonan kursus
1) Perakaunan Terimaan Hasil / Kerajaan
2) Penyesuaian Bank

image