Dimaklumkan bahawa Jabatan telah memproses tuntutan bayaran balik WTD yang telah dikemukakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bayaran balik WTD yang telah ditolak oleh bank atas sebab-sebab berikut:


a. Akaun tidak aktif/ dibekukan; atau
b. Akaun telah ditutup; atau
c. Akaun tidak dapat dikenalpasti (Nombor atau nama empunya akaun tidak tepat)


Berikut merupakan senarai empunya/entiti WTD yang tidak berjaya dihubungi untuk proses semula bayaran WTD tersebut. Adalah diharapkan empunya/entiti seperti yang disenaraikan dapat menghantar maklumat seperti salinan Kad Pengenalan dan salinan Penyata Bank yang aktif melalui email azliana[@]anm[dot]gov[dot]my atau faks ke talian 03-2072 5707. Maklumat lanjut sila klik di sini.

image