Jabatan ini akan menganjurkan Kursus Bulanan Siri 3/2012 bertajuk "Kemahiran Dalam Perundingan Berkesan" yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:


Tarikh : 19 April 2012 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna Aras 7, JANM
Penceramah : Encik Edgar G Segaran dari Effective Learning Management


Kursus ini terbuka kepada pegawai Gred 41 dan ke atas sahaja di JANM. Pendaftaran adalah terhad kepada 50 penyertaan terawal sahaja. Walau bagaimanapun, seramai 24 orang pegawai telah mendaftar bagi mengikuti kursus ini yang dijadualkan diadakan pada 29 Mac 2012 yang lalu. Senarai nama 24 orang pegawai tersebut akan didaftarkan sebagai peserta kursus pada kali ini. Pegawai yang telah mendaftarkan nama adalah diwajibkan menghadiri kursus dan perlu mendapatkan pengganti sekiranya tidak dapat berbuat demikian atas sebab-sebab yang munasabah. Pegawai yang ingin mendaftar bagi menyertai kursus ini boleh membuat pendaftaran secara dalam talian mulai 16 April 2012.


Klik di sini untuk muat turun surat edaran.
Klik di sini untuk semak senarai 24 orang pegawai yang telah didaftarkan.
Klik di sini untuk pendaftaran secara dalam talian.



image