Adalah dimaklumkan JPA mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan dari kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk memohon kemudahan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2013 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D).


Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal JPA mulai 9 April 2012 hingga 30 April 2012. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dikemukakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK), BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 3 Mei 2012 (Khamis). Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:


1. Puan Zaida Azian binti Shafiei Tel : 03 - 8882 1035
    Emel : zaidas[@]anm[dot]gov[dot]my

2. Cik Nurul Hafizah binti Sulong Tel : 03-88821188
    Emel : nfizahs[@]anm[dot]gov[dot]my

3. Encik Muhd Faidzol bin Ariffin Tel : 03-88821030
    Emel : faidzol.ariffins[@]anm[dot]gov[dot]my

 

Sila klik di sini untuk muat turun surat edaran dari JPA
Sila klik di sini untuk muat turun tatacara permohonan
Sila klik di sini untuk permohonan secara online

image