Adalah dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan daripada pegawai Kumpulan Sokongan Gred 27-40 untuk mengikuti Program Pembangunan Eksekutif di Central Officials Training Institute (COTI), Republik Korea Tahun 2012. Program ini akan berlangsung selama 14 hari bermula dari 9 hingga 22 September 2012.

Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal JPA mulai 28 Mac 2012 sehingga 20 April 2012.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK), BPPP bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan selewat-lewatnya sebelum atau pada 23 April 2012 (Isnin). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:


1. Cik Nurul Hafizah binti Sulong Tel : 03 - 8882 1188 / Emel : nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my
2. Encik Muhd Faidzol bin Ariffin Tel : 03 - 8882 1030 / Emel : faidzol.ariffin[@]anm[dot]gov[dot]my


Klik di sini untuk memuat turun surat edaran.
Klik di sini untuk permohonan secara dalam talian.

image