Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Penolong Akauntan Gred W2-1 (W27).

Maklumat Kursus Siri 1 bagi Penolong Akauntan Gred W2-1 (W27) pada tahun ini adalah seperti berikut:


Kursus : GFMAS (GL)
Tarikh : 27 Mac 2012 hingga 29 Mac 2012
Tempat : IPN, Sabak Bernam


Sehubungan itu, permohonan adalah dipelawa daripada Penolong Akauntan Gred W2-1 (W27) lantikan tahun 2009 hingga 2011 yang berminat untuk menyertai kursus ini dengan mengisi borang permohonan yang disertakan. Borang yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK), BPPP melalui faks 03-88821055 atau emel nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my / siti.paiman[@]anm[dot]gov[dot]my selewat-lewatnya sebelum atau pada 13 Mac 2012. Tempat adalah terhad kepada 24 orang peserta sahaja. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi:



1. Cik Nurul Hafizah binti Sulong 03-88821188
2. Cik Siti Hajar binti Paiman 03-88821054

 

Sila klik di sini untuk muat turun borang permohonan

image