Y. Bhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,


Sukacita dimaklumkan Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD), JANM akan menjalankan Self-Assessment Audit (SAA) bagi tahun 2013.Pelaksanaan SAA adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dari kementerian/jabatan/agensi kerajaan berhubung pematuhan kepada peraturan yang berkuatkuasa serta pelaksanaan kawalan dalaman oleh kementerian/jabatan/agensi kerajaan.


Sehubungan itu, kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan yang telah dikenal pasti sebagai penyedia dan pengesah berdasarkan notifikasi melalui emel untuk mengisi dan menjawab soal selidik ini mulai April 2013 adalah dihargai.


Kerjasama daripada Y.Bhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:


Puan Siti Nur Aina binti Norsaripuddin
No. Telefon : 03-8886 9508
Emel : aina[@]anm[dot]gov[dot]my

Puan Norbaizura binti Nasuron
No. Telefon : 03-8886 9551
Emel : azura.nasuron[@]anm[dot]gov[dot]my


Sekian, terima kasih.

image