Adalah dimaklumkan JPA telah mempelawa pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P) di Kementerian/Jabatan/Agensi untuk memohon kemudahan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sesi 2014 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D). Sehubungan itu, adalah dipelawa pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P) di Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang berminat untuk memohon kemudahan penajaan HLP ini. Pegawai yang berminat hendaklah mengisi permohonan secara dalam talian bermula 22 April 2013 sehingga 3 Mei 2013. Borang permohonan lengkap hendaklah dikemukakan kepada Unit Kompetensi & Pembangunan Kerjaya BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 21 Mei 2013. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:


1. Puan Nor Marini binti Ibrahim Tel : 03 - 8882 1188 / Emel : marini.ibrahim[@]anm[dot]gov[dot]my
2. Puan Roziana binti Ab. Aziz Tel : 03 - 8882 1030 / Emel : rozianaaziz[@]anm[dot]yahoo[dot]my

 

Sila klik di sini untuk Surat Edaran JPA
Sila klik di sini untuk Panduan Permohonan

image