Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Penolong Akauntan Gred W27.


Maklumat Kursus Siri 3 dan 4 bagi Penolong Akauntan Gred W27 pada tahun ini adalah seperti berikut:


Siri 3


Klik sini untuk borang siri 3


Kursus : Pengurusan Perolehan Kerajaan
Tarikh : 18 hingga 19 Jun 2013
Tempat : IPN, Sabak Bernam
Kuota : 20 orang


Tarikh tutup permohonan: 30 April 2013


Siri 4


Klik sini untuk borang siri 4


Kursus : eSPKB
Tarikh : 2 hingga 4 Julai 2013
Tempat : IPN, Sabak Bernam
Kuota : 15 orang


Tarikh tutup permohonan: 30 April 2013


Sehubungan itu, permohonan adalah dipelawa daripada Penolong Akauntan Gred W27 yang berminat untuk menyertai kursus ini dengan mengisi borang permohonan yang disertakan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (Unit Kerjaya), BPPP melalui faks 03-88821055 atau emel marini.ibrahim[@]anm[dot]gov[dot]my / siti.paiman[@]anm[dot]gov[dot]my. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi:


1) Puan Marini binti Ibrahim03-88821188
2) Cik Siti Hajar binti Paiman03-88821054

image