saga

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PEMATUHAN SAGA – Y.BHG DATUK ANM BERSAMA-SAMA DENGAN AGENSI PENERIMA SIJIL PEMATUHAN SAGA


Majlis Penyampaian Sijil Pematuhan SAGA telah diadakan pada 27 Disember hingga 29 Disember 2012 di Johor Bahru, Johor.


Unit SAGA, Seksyen khidmat Perunding (SKP) dengan kerjasama JANM Negeri Johor telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Pematuhan SAGA pada 27 Disember 2012 di The Puteri Pan Pacific Johor Bahru, Johor.


Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada agensi yang telah mendapat sijil pematuhan SAGA selaras dengan pemakaian Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1 tahun 2011. Sijil Pematuhan SAGA bagi tahun 2012 telah diberikan kepada empat (4) buah agensi iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) dan Lembaga Promosi Kesihatan (LPKM).


Seramai 60 orang tetamu terdiri daripada agensi-agensi penerima anugerah, wakil ahli JKP,wakil ahli Jawatankuasa SAGA Compliance, wakil Kerajaan Negeri, wakil Pejabat Bendahari Negeri, wakil vendor, wakil pegawai dan kakitangan JANM Negeri Johor telah menghadiri majlis tersebut.


Majlis telah dirasmikan oleh Akauntan Negara Malaysia (ANM) Y.Bhg Datuk Wan Selamah bt Wan Sulaiman . Y.Bhg Datuk ANM diiringi oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP) Puan Nik Hapsah bt Nik Hassan. Majlis turut diserikan dengan muzik dan nyanyian ghazal dari kumpulan Rangkaian Ghazal Selatan Johor Bahru. Tahniah diucapkan kepada kesemua agensi yang terlibat.

image