Adalah dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan daripada pegawai Gred 48 - 54 untuk mengikuti Program Pembangunan Eksekutif di Central Officials Training Institute (COTI), Republik Korea Tahun 2013. Program ini akan berlangsung selama 14 hari bermula dari 27 Oktober 2013 sehingga 9 November 2013. Pegawai-pegawai yang berminat untuk mengikuti program ini hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di Portal JPA (http://esilav2.jpa.gov.my) mulai 18 Februari 2013 sehingga 8 Mac 2013. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak serta dikemukakan bersama-sama dengan dokumen sokongan lain kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP sebelum atau pada 11 Mac 2013. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi pegawai berikut:


1. Cik Nurul Hafizah binti Sulong Tel : 03 - 8882 1188 / Emel : nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my
2. Cik Siti Hajar binti Paiman Tel : 03 - 8882 1054 / Emel : siti.paiman[@]anm[dot]gov[dot]my

 

Klik di sini untuk:


i) Muat turun surat edaran
ii) Permohonan atas talian di laman web JPA

image