Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Akauntan W48 - W54. Program ini bertujuan untuk mempertingakt profesionalisme dan kompetensi pegawai sebagai platform penting ke arah peningkatan kemajuan kerjaya para Akauntan sepertimana yang telah digariskan dalam Pelan Latihan (Training Roadmap) Jabatan Akauntan Negara Malaysia.


Sehubungan itu, satu kursus bagi Akauntan Gred W48 - W54 akan diadakan seperti butiran berikut:


Tajuk : Budgeting, Forecasting and Cash Flow Management
Tarikh : 30 - 31 Januari 2013
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : IPN, Sabak Bernam

 

Seramai 29 orang Akauntan Gred W48 - W54 dari Ibu Pejabat JANM, JANM Negeri/Cawangan dan Kementerian/Jabatan telah terpilih bagi mengikuti kursus ini.


Sila klik di sini untuk muat turun:


i) Surat edaran dan senarai pegawai yang terpilih
ii) Brosur kursus

image