Semua Akauntan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian/ Negeri/ Cawangan JANM
Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Badan Berkanun

YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (Bagi Pegawai Perkhidmtan Gunasama) untuk pegawai Pengurusan dan Profesional bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) sesi 2015. Bagi pegawai di bawah Perkhidmatan Bukan Gunasama, Program HLP sahaja ditawarkan.

Sehubungan itu, di bawah Perkhidmatan Bukan Gunasama, para Akauntan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon Program HLP ini. Semua Akauntan lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 5 salinan dan perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 27 Ogos 2014 (Rabu). Calon/pemohon akan dipanggil temuduga dalam tempoh terdekat sebelum diperakui ke JPA. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai seperti berikut:

Puan Eba Juiata binti Taib Tel: 03-8882 1035 / emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan roziana binti Ab. Aziz Tel: 03-8882 1030 / emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Cik Roziana binti Md Rasip Tel: 03-8882 1191 / emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi memuat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.

Sekian, terima kasih

image