Adalah dimaklumkan JPA mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan dari kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 1-40 untuk mengikuti Program Pertukaran Belia Malaysia - Korea di Republik Korea Tahun 2014.


Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal esila JPA mulai 07 hingga 18 April 2014. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dikemukakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK), BPPP sebelum atau pada 21 April 2014 (Isnin) jam 10.00 pagi. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

1. Puan Roziana binti Ab Aziz Tel: 03-88821030 Emel: roziana[@]anm[dot]gov[dot]my

Sebarang permohonan yang diterima selepas 21 April 2014 (Isnin) jam 10.00 pagi tidak akan dilayan.

Sila klik di sini untuk permohonan atas talian.
Sila klik di sini untuk surat edaran

image