Adalah dimaklumkan JPA mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan dari kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 41-44 untuk mengikuti Program Pembangunan Eksekutif di Central Officials Training Institute (COTI) 2014 bagi Kumpulan Junior Gred 41-44.


Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal esila JPA mulai 1 hingga 11 April 2014. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dikemukakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK), BPPP sebelum atau pada 14 April 2014 (Isnin) jam 10.00 pagi. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:


1. Puan Roziana binti Ab Aziz Tel: 03-88821030 Emel: roziana[@]anm[dot]gov[dot]my


Sebarang permohonan yang diterima selepas 14 April 2014 (Isnin) jam 10.00 pagi tidak akan dilayan.


Sila klik di sini untuk permohonan atas talian.
Sila klik di sini untuk surat edaran.

image