Permohonan Bagi Mengikuti Kursus Economic Partnership Programme (EPP) - The Management Training Program For Junior Officer In The Field Of Human Resource


Adalah dimaklumkan JPA mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan dari kalangan pegawai-pegawai Pelaksana Gred 41-44 untuk mengikuti Kursus The Management Training Program For Junior Officer In The Field Of Human Resource 2014 di Jepun bermula 12 Mei 2014 sehingga 7 Jun 2014 (27 hari)


Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal JPA www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai 17 Februari sehingga 26 Februari 2014. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dikemukakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK), BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 26 Februari 2014 (Rabu) pukul 5.00 petang. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:


1. Puan Roziana binti Ab Aziz Tel : 03-88821030
Emel : roziana[@]anm[dot]gov[dot]my


Klik disini untuk surat edaran.


Sebarang permohonan yang diterima selepas 26 Februari 2014 (Rabu) tidak akan dilayan.

image