Permohonan Bagi Mengikuti Program Pembangunan Eksekutif Di Central Officials Training Institute (COTI) 2014


Adalah dimaklumkan JPA mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan dari kalangan pegawai-pegawai Pelaksana Gred 27-40 untuk mengikuti program pembangunan Eksekutif di Central Officials Training Institute (COTI) 2014


Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal esila JPA mulai 11 -21 Februari 2014. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk dikemukakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK), BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 18 Februari 2014 (Selasa) pukul 5.00 petang. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:


1. Puan Roziana binti Ab Aziz Tel : 03-88821030
Emel : roziana[@]anm[dot]gov[dot]my


Sebarang permohonan yang diterima selepas 18 Februari 2014 (Selasa) tidak akan dilayan.


Sila klik di rujukan (http://esilav2.jpa.gov.my/).
Surat edaran klik disini.

image