Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,


Sukacita dimaklumkan bahawa JANM sedang melaksanakan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) bagi tahun 2014.

 

Pelaksanaan SPAN di JANM adalah berdasarkan Arahan Y.A.B Perdana Menteri Siri 7 No. 1 Tahun 2007 iaitu Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Audit Nilai Dalam Perkhidmatan Awam di Agensi Kerajaan. SPAN adalah bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program nilai murni di JANM dan seterusnya membantu membangunkan strategi bagi peningkatan amalan nilai murni.


Kerjasama Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk meluangkan sedikit masa bagi mengisi soal selidik SPAN dengan melayari laman web www.interactive.jpa.gov.my/auditnilai dengan memasukkan Kod Jabatan / Agensi : 3652  mulai 1 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014 adalah amat dihargai.


Sila klik di sini untuk merujuk kepada Manual Pengguna SPAN.


Kerjasama daripada Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pegawai-pegawai berikut:

            Puan Noraida Binti Alias

            No. Tel      : 03-8886 9508

            Emel         : noraida.alias[@]anm[dot]gov[dot]my

            Encik Ahmad Yazid bin Md Lani

            No. Tel      : 03-8886 9576

            Emel         : ayazid@[@]anm[dot]gov[dot]my

            Cik Cakrawati binti Osman

            No. Tel      : 03-8886 9646

            Emel         : ati[@]anm[dot]gov[dot]my

Sekian.

image