Tawaran Mengikuti ‘On-Site Joint Training Program’ Tahun 2014 Bagi Pegawai Kerajaan Malaysia Anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dan Central Officials Training Institute (COTI), Korea Selatan


Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA telah mempelawa pencalonan dari kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga Gred 54 yang sedang berkhidmat di Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk mengikuti kursus di atas yang dijadual pada 8 hingga 10 Disember 2014 bertempat di INTAN Kota Kinabalu, Sabah.


Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang JPA(L) LDP 1B/96 dan diperakukan oleh Pengarah Bahagian/ JANM Negeri masing-masing. Permohonan lengkap hendaklah dikemukakan ke Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi (UPKK) selewat-lewatnya 27 November 2014. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pegawai bertanggungjawab iaitu Puan Fauziah binti Abdullah di talian 03-88821188.


Surat edaran muat turun di sini
Borang permohonan muat turun di sini
On Site Training Proposal muat turun di sini
Tentatif Program muat turun di sini

image