IMG 3969


Pada 4 April 2016 (Isnin), JANM Johor telah menganjurkan program mentor mentee.

Program ini diterajui oleh Unit Bayaran bertujuan bagi menambahbaik tatacara penyediaan baucar bayaran, mengurangkan bilangan baucar bayaran yang dikuiri dan mempercepatkan proses kelulusan baucar bayaran serta meningkatkan kecemerlangan PTJ dalam pengurusan kewangan.


Taklimat program telah disampaikan oleh Puan Nirmala Devi A/P Thirumalai, Ketua Unit Bayaran. Selain itu, turut diadakan Taklimat Penemuan Naziran dari Puan Rohaiza Bt Hosni dari Unit Perundingan dan Tatacara Pengendalian Cek & EFT Batal oleh Puan Nadiah Hanin Binti Zahry dari Unit Akaun. Dalam program ini juga, peserta juga berpeluang mengemukakan pertanyaan, aduan, berkongsi pengalaman dan menyampaikan permasalahan di PTJ.


Slaid program ini boleh dimuaturun : SLIDE PROGRAM MENTOR MENTEE 2016

image