Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

 

YBhg Dato’/Tuan/ Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa pihak MDEC dengan kerjasama MAMPU, GOS Unit Pejabat KSN dan Malaysia Productivity Corporation (MPC) sedang mengadakan kaji selidik Malaysia User Satisfaction Survey Evaluation (MUSE). Objektif kaji selidik ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas pengguna dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan dalam talian kerajaan. Tempoh kaji selidik berlangsung adalah pada 15 Jun – 30 September 2016. Bagi memperolehi analisa yang tepat, jumlah sasaran responden ditetapkan sebanyak 500 untuk setiap agensi. Sehingga 27 Julai 2016, bilangan responden yang telah menjawab bagi JANM adalah seramai 295 orang.
 
 
3. Sehubungan itu, mohon kerjasama YBhg Dato’/Tuan/Puan untuk meluangkan sedikit masa menjawab dan memanjangkan kaji selidik ini kepada pelanggan JANM. Kaji selidik ini dijalankan secara online dan boleh diakses melalui :
 
(i) Pautan
 
 https://surveys.ipsosinteractive.com/surveys/?pid=S16009670&SupplierID=193&CultureInfo=en-MY&ReturnCode=NR&qAgency=1
 
 
atau
 
(ii) Klik di banner MUSE di portal JANM
 
 
 
4. Kerjasama dan perhatian YBhg Dato’/Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
‘Inovasi dan Integriti Merealisasi Perakaunan Akruan’
 
 
Saya yang menurut perintah,
 
 
NORFAEZAH AMAD BISTOMAM C.A (M)
 
Seksyen Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan Strategik
Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tel : 03 – 8882 1090
Faks : 03 – 8882 1042
image