Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Kapit telah mendapat Tempat Pertama (Johan) bagi Anugerah Pelan Pelaburan Sistematik Terbaik Sektor Kerajaan Tahun 2015. Anugerah ini merupakan inisiatif pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dalam mengiktiraf Pejabat Perakaunan yang telah melaksanakan potongan gaji bagi tujuan pelaburan ke ASNB.

 

Majlis ASNB STARZ AWARDS NITE telah diadakan di Kuala Lumpur City Center (KLCC) pada 19 Februari 2016 bagi menyampaikan anugerah tersebut. Namun, memandangkan tiada wakil yang hadir, pihak ASNB Cawangan Sibu telah ke JANM Cawangan Kapit pada 07 April 2016 nagi menyampaikan anugerah yang berupa trofi.

 

Pengurus Kanan ASNB Cawangan Sibu telah menngucapkan tahniah atas kejayaan ini dan memberitahu JANM Cawangan Kapit berjaya anugerah ini atas kriteria yang dinilai berdasarkan peratusan peningkatan dalam potongan gaji bagi pelaburan di ASNB.

 

“ INOVASI & INTEGRITI MEREALISASI PERAKAUNAN AKRUAN ”

 

image