Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa server eTERIMAAN akan ditutup pada 5 April 2016 (Selasa) pada jam 5.00 petang sehingga 11 April 2016 (Isnin) pada jam 8.00 pagi disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang melibatkan pusat data.

Semua Jabatan/PTJ/Pusat Kos dikehendaki membuat perakuan II penyata pemungut sebelum jam 5.00 petang pada 5 April 2016 (Selasa).

Kutipan hasil pada tempoh penutupan tersebut hendaklah menggunakan Resit (KEW.38) manual dan penyata pemungut manual.

Sila hubungi Pejabat Perakaunan untuk sebarang pertanyaan.
Sekian, terima kasih.
JANM Negeri Kelantan
No. Telefon : (09-7460200)

image