Adalah dimaklumkan bahawa Server eSPKB dan eTERIMAAN akan ditutup pada 23 Februari 2016 (Selasa) pada jam 5.00 petang sehingga 29 Februari (Isnin) pada jam 8.00 pagi disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang melibatkan data center.

Semua Jabatan/PTJ dikehendaki membuat perakuan II penyata pemungut, baucar bayaran, baucar jurnal dan waran peruntukan sebelum jam 5.00 petang pada 23 Februari 2016 (Selasa).

Kutipan hasil pada tempoh penutupan tersebut hendaklah menggunakan Resit (KEW.38) manual dan penyata pemungut manual.

Sila hubungi Pejabat Perakaunan untuk sebarang pertanyaan.
Sekian, terima kasih.
JANM Negeri Kelantan
No. Telefon : 09-7460200

image