Adalah dimaklumkan bahawa Server eSPKB akan ditutup pada 07 Februari 2016 (Ahad) pada jam 2.00 petang. Sehubungan dengan itu, semua PTJ diminta mengambil tindakan seperti berikut:

Penyediaan Baucar Bayaran eSPKB
Baucar Bayaran eSPKB hendaklah disediakan dan dibuat perakuan II sebelum pukul 2.00 petang pada 07 Februari 2016 (Ahad) supaya baucar berkenaan dapat diproses oleh Jabatan ini sebelum Cuti Tahun Baru Cina.

Baucar yang lewat diperaku II akan kekal berstatus 3 sehingga server eSPKB dibuka semula pada 10 Februari 2016 (Rabu). Semua PTJ adalah dinasihatkan supaya memproses Baucar Bayaran lebih awal bagi memastikan bayaran dapat diterima oleh penerima bayaran sebelum Cuti Tahun Baru Cina.

Sila hubungi Pejabat Perakaunan untuk sebarang pertanyaan.
Sekian, terima kasih.
JANM Negeri Kelantan
No. Telefon : (09-7460200)

image