Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan ini telah mengemaskini akaun pukal Malindo Airways Sdn Bhd bagi mana-mana Jabatan/PTJ yang telah memohon untuk pukal Malindo Airways Sdn Bhd. Sehubungan dengan itu, dipohon Jabatan/PTJ yang terlibat hendaklah menyemak no. akaun serta maklumat caj-caj peruntukan di Lampiran A.

Sekiranya terdapat perubahan maklumat caj-caj peruntukan, sila kemukakan borang KEW.311 dengan segera ke Jabatan ini untuk proses pengemaskinian. Sekiranya tiada perubahan maklumat caj-caj peruntukan, Jabatan/PTJ yang terlibat dikehendaki mengunci masuk kod akaun pukal ini di dalam sistem eSPKB sebelum memproses pengeluaran waran udara pukal Malindo Airways Sdn Bhd.

Sila hubungi Pejabat Perakaunan untuk sebarang pertanyaan.

Sekian, terima kasih.

JANM Negeri Kelantan
No. Telefon : (09-7460214 – Pn Hazilina bt Abdul Wahab)
(09-7460221 – Pn Nor Zalinawati bt Razali)

Rujuk Lampiran A

image