Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

 

RALAT : PERTUKARAN TEMPAT KURSUS PERAKAUNAN AKRUAN DAN DIALOG BERSAMA DENGAN PEGAWAI-PEGAWAI PERAKAUNAN/KEWANGAN DI BAWAH JABATAN PERDANA MENTERI BAGI ZON SABAH

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

Untuk makluman tuan/puan, Kursus Perakaunan Akruan Dan Dialog Bersama Dengan Pegawai-Pegawai Perakaunan/Kewangan di bawah JPM bagi Zon Sabah telah berubah tempat disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Perubahan tempat baru adalah seperti berikut :-
Tarikh : 29 – 1 Mac 2016
Tempat : Bilik Seminar Pulau Pinang, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Aras 2, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah

 

Bahagian Akaun JPM memohon kerjasama pihak tuan/puan agar dapat memanjangkan email ini kepada semua PTJ di bawah JPM di Zon Sabah dengan kadar segera. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai kami Puan Imelda Raymond (imelda[@]jpm[dot]gov[dot]my) 03-88723616, Encik Saipul Azrol bin Muhamad (saipul.azrol[@]jpm[dot]gov[dot]my) 03-88723606 atau Pn Nursharihan bt Ahmed (nursharihan[@]jpm[dot]gov[dot]my) 03-88723650. PTJ juga boleh berhubung dengan JANM masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini. Segala kesulitan dari pihak tuan/puan amat kami kesali.
Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.

 

“Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang”
“Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti”

 

SAIPUL AZROL BIN MUHAMAD
Bahagian Akaun
Jabatan Perdana Menteri
Aras 3-4, Blok B7
62502 Putrajaya
03-88723606
saipul.azrol[@]jpm[dot]gov[dot]my

image