Perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

 

Setelah semakan dibuat, didapati pihak tuan/puan masih belum menghantar Laporan Penyata Penyesuaian bagi akaun bulanan yang telah disesuaikan (Sila rujuk LAMPIRAN A (JAN 2016) ) seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8/87(Vot), Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.18 Tahun 2001(Amanah), Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 2 Tahun 1986(Hasil) dan Bil.3 Tahun 2014(Deposit Akaun Amanah).

 

Pihak tuan adalah dikehendaki menghantar Penyata Penyesuaian bertanda (X) yang tersenarai di lampiran A ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Sabah sebelum atau pada 1 MAC 2016. Kegagalan menghantar Laporan Penyata Penyesuaian dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini dikeluarkan akan menyebabkan semua baucer bayaran Jabatan tuan/puan akan dikuiri.

 

Sila asingkan penyata penyesuaian mengikut jenis penyesuaian tersebut dengan menggunakan Borang Maklumbalas Laporan Penyesuaian (MLP) yang baru beserta surat iringan Jabatan.

 

Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan pegawai berikut:

 

   Nama Pegawai    No. Telefon
i.  Pn. Shirley Alexius Liaw  – Penyesuaian Hasil – C330  088-324842
ii.   En. Marcilinus Patrick  – Penyesuaian Amanah – C350, Penyesuaian Vot Tanggungan – C230T, Pembangunan – C232P & PFI – C233S  088-324853
iii.   Cik. Ainah Binti Libbie  – Penyesuaian Buku Vot Mengurus – C231B  088-324846
iv.   Pn. Zabariah Lee Ah Sam  – Daftar Penyesuaian  088-324853

 

Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai. Paparan ini boleh di muatturun dalam Buletin eSPKB, Buletin eTerimaan.

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Akaun
JANM Negeri Sabah

 

 

image