Selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri semasa pembentangan semakan penyesuaian semula Bajet 2016, dimaklumkan berikut adalah perkara yang berkaitan dengan perubahan kadar KWSP:

 

Pengurangan kadar berkanun caruman syer pekerja :
a. daripada 11% kepada 8%untuk pekerja berumur di bawah 60 tahun dan
b. daripada 5.5% kepada 4% untuk pekerja berumur 60 tahun dan ke atas;

 

Akan dilaksanakan perubahan mulai gaji bulan Mac 2016 sehingga bulan Disember 2017 oleh ibu pejabat JANM.

 

Pekerja boleh membuat pilihan untuk mengekalkan kadar caruman syer pekerja pada 11% dengan mengambil tindakan seperti di bawah; dan
a. Perlu isi Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (KWSP 17A Khas2016);
b. Perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing (Unit Gaji PTJ); dan
c. Pekerja boleh memuat turun Notis KWSP 17A Khas 2016 di laman sesawang KWSP di
http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/member-responsibility/contribution/retaining-11-percent-contribution atau seperti di lampiran.

 

Unit Gaji PTJ sedia SG20 (hantar ke AO untuk kunci masuk selewat-lewatnya 26 Februari 2016) dan bertanggungjawab menghantar Notis tersebut kepada pejabat KWSP yang berhampiran.

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Gaji
JANM Negeri Sabah

image