Merujuk kepada Pekeliling Perkhimatan Bil. 8 Tahun 2015, adalah dimaklumkan bahawa Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk Perkhidmatan Bomba dan Penjara yang mendiami kuarters, pada kadar 25% daripada kadar kelayakan ITP pegawai.

 

Ini bermaksud pegawai yang memilih Elaun Perumahan Wilayah (EPW) dan menduduki kuarters, adalah tidak lagi layak dibayar EPW tetapi layak menerima ITP pada kadar 25% daripada kadar kelayakan ITP pegawai. Bayaran ini perlu direkodkan dalam buku servis pegawai.

 

Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta untuk menyemak kelayakan pegawai di bawah seliaan masing-masing dan menghantar borang perubahan gaji (jika perlu) mengikut tarikh penghantaran yang telah ditetapkan.

 

Untuk pemahaman lanjut, sila rujuk soalan lazim PP Bil.8/2015 daripada lama web Jabatan Perkhidmatan Awam di pautan berikut;

 

http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2015/faq_pp082015.pdf

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Gaji
JANM Negeri Sabah

image