Salam Sejahtera Dan Salam 1Malaysia,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut.

 

Sesiapa yang mempunyai Wang Tak Dituntut boleh membuat permohonan bagi bayaran balik terus kepada pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut tanpa sebarang caj /kos dikenakan.

 

Sebarang pertanyaan berkaitan WTD perlu dikemukakan kepada Unit WTD, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Sabah di telefon 088-324814/088-324817 atau terus kepada Pendaftar WTD seperti berikut :

 

Pendaftar Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD)
Tingkat 42, Menara Maybank,
100, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur

 

Tel : 03-2056 8000, Faks: 03-2072 5707/ 03-2026 7430

 

Sekian.

image