Semua PTJ
di bawah selian JANM Negeri Sarawak
BUTIRAN PEMBAYARAN MELALUI EFT KEPADA KERAJAAN NEGERI SARAWAk
Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat dari Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak nombor rujukan TRY:203106/FUND/(Vol.4)/47 bertarikh 27 April 2016 dan perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak adalah merupakan penerima bayaran bagi pembayaran sewa ekonomi, bayaran bil air dan penyaluran dana dari PTJ Persekutuan di seluruh Malaysia. Namun demikian, kami difahamkan oleh Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak (JPNS) bahawa pihaknya sukar mengenalpasti maklumat pembayar disebabkan maklumat pembayaran gagal diterima melalui email jabatan kerana kemungkinan alamat email sedia ada telah berubah.
3. Oleh yang demikian, semua PTJ dinasihatkan untuk mengemaskini email rasmi Kerajaan Negeri Sarawak di maklumat penerima bayaran eSPKB sebelum baucar bayaran disediakan.
Klik sini untuk pautan surat email kerajaan negeri sarawak

Sekian, terima kasih.

KPP(O)

image