Semua Akauntan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Bahagian/ Negeri/ Cawangan JANM

Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Badan Berkanun

YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,


PELAWAAN KEMUDAHAN PENAJAAN UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN (Ph.D) SECARA SEPENUH MASA SESI 2017


Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (Bagi Pegawai Perkhidmtan Gunasama) untuk pegawai Pengurusan dan Profesional bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) sesi 2017. Bagi pegawai di bawah Perkhidmatan Bukan Gunasama, Program HLP sahaja ditawarkan.


Sehubungan itu, di bawah Perkhidmatan Bukan Gunasama, para Akauntan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon Program HLP ini. Semua Akauntan lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 5 salinan dan perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 21 Jun 2016 (Selasa). Calon/pemohon akan dipanggil temuduga dalam tempoh terdekat sebelum diperakui ke JPA. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai seperti berikut:


Puan Fauziah binti Abdullah Tel: 03-8882 1188 / emel: fauziah_abdullah[@]anm[dot]gov[dot]my


YM Raja Nur Syahidatul Amirah binti Raja Brahim Tel: 03-8882 1030 / emel: amirah.brahim[@]anm[dot]gov[dot]my


Puan Rozalinda binti Md Rasip Tel: 03-8882 1185 / emel: zalinda[@]anm[dot]gov[dot]my


Surat Edaran, sila klik disini


Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi memuat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.

Sekian, terima kasih

image