Tawaran mengikuti kursus Carta Akaun Akruan (CAA)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Institut Perakaunan Negara (IPN) ingin melaksanakan Kursus Carta Akaun Akruan (CAA) di IPN-CPD, Cyberjaya pada tarikh 16-17 Februari 2016.

Sehubungan dengan itu kepada yang berminat dengan kursus berkenaan, bolehlah melayari laman rasmi IPN untuk membuat permohonan secara atas talian melalui alamat http://www.ipn.gov.my dengan memilih e-Kursus menggunakan Internet Explorer.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh terus berhubung dengan Puan Zulah binti Mohamed Karim di talian 03-32172135.

Sekian. Terima kasih.

image